Peluncur ais Russia, Artur Dmitriev, meninggal dunia pada usia 58 tahun selepas tidak terselamat daripada pembedahan jantung di Hospital Moscow, Russia, semalam.
Mendiang yang merupakan satu-satunya peluncur ais berpasangan lelaki negara itu telah merangkul pingat emas Sukan Olimpik sebanyak dua kali dengan pasangan berbeza.
Two-time Olympic Champion Artur Dmitriev 🇷🇺 has passed away at 58 https://t.co/lhDze1vZ7p pic.twitter.com/Z56ct53dit
— Golden Skate (@goldenskate) June 29, 2026
Dia meraih pingat emas pertama dalam temasya edisi 1992 bersama Natalia Mishkutionok dan keduanya pada 1998 ketika digandingkan bersama Oksana Kazakova.