Skip to main content

Permotoran

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix: Adik beradik cipta sensasi pusingan ketiga di Jempol

sss

Usia nyata bukan penghalang buat Farres Putra apabila mempamerkan tunggangan yang matang biarpun diberi tentangan sengit beberapa pelumba senior kategori CP150, Azroy Hakeem Anuar, Kasma Daniel Kasmayudin dan Nazirul Izzat Bahauddin dalam kelompok hadapan pusingan 3 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol, hari ini.

"Dengan peraturan dan jentera baru yang diperkenalkan musim ini, saya gembira dengan kebangkitan kami dan menguasai tempat pertama dan kedua biarpun bergelut dalam dua perlumbaan terawal," katanya selepas tamat perlumbaan.

Sementara itu, gandingan adik-abang itu turut mewarnai suasana apabila Farid Hakimi menjuarai kategori CP125 dengan pacuan bertenaga untuk muncul pemenang kategori tersebut.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan.

"Selepas adik (Fairil Hazmi) melakukan kesilapan di Sepang, saya berpesan kepadanya supaya tidak mengulanginya lagi," katanya.

Dalam masa sama, Fairil daripada Brothers 7 Tech Racing Team membuktikan ketenangan dan bertahanan di posisi kedua terlebih dahulu akhirnya membuahkan hasil.

 

 

 

Ia turut dibantu dengan faktor nasib apabila seteru utamanya, Raja Abdurraqib, terjatuh sebelum menuju garisan penamat untuk membuka ruang buatnya bergelar juara.

"Saya memecut deras sebaik permulaan perlumbaan tapi dalam situasi jalan lurus, saya perlu menunggu peluang dan mencari kelemahan pelumba di depan.

"Sebaik mendahului, saya berusaha mengekalkan posisi dan hampir terjatuh kerana tompokan minyak.

"Jadi dalam beberapa pusingan terakhir, saya cuba mengelak melalui kawasan yang sama," katanya pula. 
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video