Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF Wanita: Cornelli kongsi keadaan fizikal pemain tidak berada pada tahap terbaik

sfs

Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Joel Cornelli, optimis dengan berkongsikan 'ini bukan penamat' selepas menyaksikan anak buahnya tewas 1-3 kepada Singapura dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, sekali gus tersingkir daripada saingan Piala AFF Wanita 2026.

Tanpa berselindung, pengendali kelahiran Brazil itu mengakui masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya dalam usaha memperkasakan prestasi Malayan Tigress ke tahap yang lebih baik.

Dia turut percaya, kekecewaan di pentas AFF kali ini mampu menjadi pengajaran berguna buat mereka untuk bangkit dalam kejohanan akan datang.

 

 


"Keadaan fizikal pasukan kami 50 peratus, mereka beraksi buat kelab. Saya tahu pemain saya bukan pemain profesional, mereka bekerja kemudian datang untuk berlatih bersama pasukan.

"Bagaimana untuk saya dan staf kejurulatihan mempersiapkan pasukan dalam 10 hari untuk kejohanan seperti ini. Saya bercakap dengan pemain bahawa keputusan ini tidak bagus untuk kita semua.

"Saya katakan keapda mereka bahawa terus tetap percaya, menambah baik dan perbaiki organisasi, mungkin lebih ramai pemain profesional yang hanya akan beraksi dalam sukan bola sepak sahaja." katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video