Skip to main content

Ragbi

Piala Agong: Pertembungan taktikal anak tempatan bertemu bekas kapten All Black untuk perebutan akhir kejuaraan edisi ke-42

Ragbi

Selepas tujuh tahun menanti peluang menebus kehampaan, Terengganu akhirnya kembali ke pentas akhir, manakala Johor ang berhempas pulas dalam dua edisi lalu turut membawa misi tersendiri menjelang perhitungan kemuncak Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 Yang akan melabuhkan tirai ahad ini di Stadium UiTM Shah alam.

Menambah menarik, pertembungan turut menjadi perhatian besar di mana terengganu mempertaruhkan anak jati negeri untuk mengemudi pasukan manakala Johor masih menagih percaturan bekas kapten pasukan All Black, Todney So’oialo yang perlu melunaskan kejuaraan sejak membimbing pasukan untuk musim kedua ini.

Bagi Hafiizh Zainal yang pertama kali diberi kepercayaan untuk membimbing pasukan negeri kelahirannya melihat situasi perlawanan akhir ini pasti sengit seawal minit pertama perlawanan.

“Situasi berbeza bukan hanya untuk Terengganu walaupun kedua-dua pasukan ini mara ke pusingan akhir dengan rekod tanpa kalah sepanjang kempen musim ini. Kami tidak meletakkan situasi itu sebagai kayu ukuran bertemu Johor yang hadir dengan reputasi besar dan kelebihan yang tersendiri berbanding kami yang bermula selaku pasukan bukan pilihan untuk musim ini.

“Johor berhempas pulas setelah dua kali mara ke penentuan akhir sebelum ini. Kita menjangkakan tekanan buat kedua-dua pasukan seawal minit pertama permainan nanti, sudah tentu setiap pasukan mempertaruhkan taktikal berbeza untuk perlawanan akhir ini,” ujar Hafiizh Zainal yang kini berusia 38 tahun juga merupakan bekas pemain kebangsaan.

Mengulas lanjut persiapan pasukan dari pantai timur ini, Terengganu kini siap siaga sepenuhnya tanpa sebarang kekangan yang mampu merencatkan taktikal pasukan untuk bertemu johor nanti.

Perlawanan akhir perebutan kejuaraan musim ini dijadualkan untuk bermula tepat jam 0445 petang Ahad ini di Stadium UiTM Shah alam. Turut berlangsung adalah perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertemu Kelantan yang dijadualkan lebih awal berlangsung pada jam 0200 petang hari yang sama.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua finalis ini kali terakhir bertembung di pentas akhir Kejuaraan Ragbi Piala Agong adalah pada tahun 2017 setelah Johor menafikan Terengganu di laman sendiri berkeputusan 32-29. Johor telah pernah dua kali merangkul kejuaraan pada tahun 2013 dan 2017 manakala untuk Terengganu pertama kali melakar sejarah kejuaraan pada tahun 2019.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video