Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: 6 jam sebelum sepak mula, pasukan ke-24 dunia hantar protes kepada FIFA

wwwww

Persekutuan Bolasepak Ecuador (FEF) telah memfailkan aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas peminat tuan rumah berkumpul di luar hotel mengganggu ketenteaman pasukan sebelum perlawanan pusingan 32 terbaik Mexico sebentar lagi.

Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 1,000 penyokong Mexico membanjiri tempat tinggal pasukan ke-24 dunia itu lalu membuat bising di luar hotel dengan membunyikan hon kereta dan menyanyi sebelum polis menenangkan keadaan.

"Tingkah laku ini jauh daripada prinsip permainan adil, kesaksamaan dan perpaduan yang sepatutnya diwakili oleh tuan rumah Piala Dunia," kata FEF dalam satu kenyataan.

Ecuador menggesa pihak berwajib memberi perhatian meluas terhadap insiden sedemikian dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi pemain, kakitangan kejurulatihan dan peminat Ecuador.

Hal ini sekali gus membangkitkan kemarahan dek mengganggu ketenteraman pemain dan pasukan yang sedang mendapatkan rehat yang mencukupi, namun terpaksa berdepan perang psikologi yang dahsyat daripada penonton tuan rumah.

Ecuador akan menentang Mexico di Azteca tepat jam 9.00 pagi nanti. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video