England tidak berhasrat untuk bertahan sebaik memegang kelebihan tipis ke atas Argentina, yang menjurus kepada kekecewaan peminat mereka dan meletakkan kesalahan itu terhadap Thomas Tuchel.
Ketua jurulatih itu sebaliknya mendedahkan perancangannya untuk menggandakan kelebihan mereka, namun hanya mendapati kebangkitan dramatik 2-1 juara bertahan tersebut pada lewat permainan.
Baginya, pendekatan itu tidak menjadi bukan berpunca atas rencananya melainkan mengakui keutuhan Argentina dalam mengatur gerakan berbahaya ketika berdepan situasi tertekan.
"Anda boleh membincangkan perkara ini dengan sejuta jurulatih sekalipun tetapi saya perlu membuat keputusan penting ketika perlawanan dilangsungkan.
"Saya menganalisis perlawanan dan saya melakukannya dengan cara tertentu jadi saya bertanggungjawab. Pada masa ini, tiada penyesalan. Kami telah memberikan segala-galanya dan kami begitu hampir. Kami berhak mendahului 1-0.
"Kami cuba dapatkan gol kedua tetapi ia tidak membantu jika kami tidak dapat menguasai bola. Kami tidak menemui jalan keluar.
"Sudah tentu kami mahu berusaha untuk mencari jaringan kedua tetapi saya berpendapat penggantian di bahagian serangan akan membantu. Kami kekalkan formasi 4-4-2 tetapi kami menjadi semakin pasif.
"Kami tidak dapat memenangi sebarang bola, kami tidak dapat menyimpan bola jadi saya fikir ia bukan masalah struktur permainan, kami tidak mengubah apa-apa. Tetapi perlawanan berubah sepenuhnya.
"Ia bukan satu masalah buat salah, saya faham perbincangan ini berlaku di luar sana dan terdapat berjuta-juta jurulatih lagi yang lebih mengetahuinya.
“Kami memperagakan salah satu permainan terbaik, mungkin perlawanan terbaik kami dalam keadaan ini. Kami memberikan saingan, kami tidak dapat melepasi batasan itu tetapi saya tidak kesal," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.