Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: England tak panik situasi Kane-Rice

we

Kem England pasti lega dengan perkhabaran ketua pasukan merangkap, Harry Kane, dan pemain tengah, Declan Rice, sedia menjadi percaturan untuk menentang Ghana, Rabu depan.

Kedua-dua tonggak itu saling melengkapi yang menyaksikan sepakan penjuru Rice singgah tepat ke kepala Kane untuk jaringan kedua skuad The Three Lions sebelum menoktahkan kemenangan 4-2 ketika membuka kempen Kumpulan L, Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas, semalam.

Rice mengadu kesakitan sebelum dikeluarkan pada minit ke-72 dan digantikan oleh Morgan Rogers, manakala Kane yang meledak dua gol beraksi sepenuh masa tetapi meninggalkan stadium dengan kaki berbalut.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Thomas Tuchel, tampil menjelaskan situasi semasa: "Declan mengadu masalah belakang dan berasa tidak selesa di bahagian hamstringnya.

"Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko. Ia demi untuk melindunginya.

"Declan kemudian menjelaskan bahawa dia tidak apa-apa. Tiada apa yang perlu dikhuatiri."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video