Satu-satunya pasukan yang belum tewas, malah tidak menang dalam kumpulan setakat ini.
Cape Verde mencipta sejarah besar bola sepak negara itu apabila mara ke pusingan seterusnya buat kali pertama lebih-lebih lagi selaku pasukan yang beraksi buat kali pertama dalam penyertaan Piala Dunia.
Dengan kredibiliti mengikat juara 2010, Sepanyol, dalam perlawanan pertama Kumpulan H, pasukan ke-64 dunia itu sekali lagi seri berdepan Uruguay, dan terbaru turut mengimbangi Arab Saudi 0-0 dalam aksi terakhir kumpulan di Houston, sebentar tadi.
ππππ πππππβπ π ππππππππ πππππππππ ππ¨π»
They are still π¨π‘ππππ§ππ‘ and reach the knock-outs on their World Cup debut π pic.twitter.com/PkZeKEzCaNβ 433 (@433) June 27, 2026
Faktor kemenangan La Roja ke atas Uruguay turut mempengaruhi keputusan Cape Verde, sekali gus ke peringkat kalah mati selaku naib juara kumpulan selepas mengumpul tiga mata hasil tiga seri.
Pelbagai tekanan dan serangan dari wakil Asia itu, namun kecemerlangan disiplin pemain Cape Verde berjaya menidakkan harapan Arab Saudi.
Kini, media sosial mula bergegar dengan laungan Cape Verde adalah underdog yang menyinar di pentas bola sepak tertinggi dunia itu.