Selain Lionel Messi dan Lamine Yamal, Donald Trump menjadi sosok yang dinantikan di Stadium New York New New Jersey sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi esok.
Sebagai tuan rumah bersama, presiden AS itu mencetuskan beberapa kontroversi seperti polisi visa khususnya kepada Iran selain pengakuan terbukanya ketika memainkan pengaruhnya dalam isu kad merah Folarin Balogun.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, sebelum ini mengesahkan Trump akan turut serta dalam majlis penyampaian trofi Piala Dunia, meskipun pernah dicemari gelagat Trump yang berlegar-legar selepas selesai upacara tersebut ketika menyerahkan trofi Piala Dunia Kelab kepada Chelsea, tahun lalu.
Bahkan, kehadiran Trump turut tidak disenangi penyokong tempatan yang bertindak mencemuhnya ketika hadir dalam perlawanan akhir NBA tahun ini.
Adalah menjadi tradisi FIFA menjemput pemimpin tuan rumah untuk bersama-sama presiden FIFA dalam menyerahkan trofi kejuaraan kepada sang kapten pasukan sebagaimana dalam edisi lalu yang menyaksikan Putera Qatar, Emir Tamin bin Hamad Khalifa Al Thani, menjadi sebahagian daripada upacara tersebut.