Skip to main content

Bola Sepak

SMK Seri Titiwangsa, SMK Shah Alam dan SMK Taman Desa Skudai Sahkan Tempat ke Suku Akhir

SMK Seri Titiwangsa, SMK Shah Alam dan SMK Taman Desa Skudai Sahkan Tempat ke Suku Akhir

Saingan Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2026 dengan rakan strategik 100PLUS semakin menghampiri kemuncak apabila aksi pada Sabtu (semalam) memperlihatkan beberapa keputusan penting bagi menentukan kedudukan pasukan dalam saingan peringkat kumpulan dimana tiga pasukan; SMK Seri Titiwangsa, SMK Shah Alam, dan SMK Taman Desa Skudai telah mengesahkan slot ke suku akhir.

 

Saingan Kumpulan B, menyaksikan pelawat  SMK Seri Titiwangsa meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan SMK Taman Desa Skudai B14 B 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

 

Mazazayyan Mahdi muncul wira apabila meledak dua gol dan satu lagi gol dijaringkan Muhd Zill Zulkarnain Mohd Zamri sementara gol tunggal tuan rumah dijaringkan G. R. Yohgiin.

 

Pembantu Jurulatih SMK Seri Titiwangsa, Mohd Norfaizal Alias  berkata, “Selepas pasukan lawan menjaringkan gol, pemain pemain nampak gugup. Jurulatih berbincang apa yang perlu dilakukan termasuk menukar pemain dan taktikal untuk separuh masa kedua.

 

“Memang satu kelegaan yang besar kerana kita menang kesemua tiga perlawanan dan berbaki satu lagi jadi kita sudah ada kelebihan mata.”

 

SMK Seri Titiwangsa mengesahkan tempat ke suku akhir dengan sembilan mata. SMK Taman Desa Skudai B14 B, SMK Seksyen 11 dan SMK Putrajaya Presint 8(1) masing-masing mengumpul tiga mata, manakala SMK Mutiara masih tanpa sebarang mata.

 

Sementara itu, di Kluang, juara bertahan, SMK Taman Desa Skudai turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas mendominasi Kumpulan C.

 

Skuad kendalian Rodolfo Pereda Villa membelasah SMK Tun Hussien Onn 4-0 untuk kemenangan keempat berturut-turut.

 

M. Hadif Mursi Mohd Hafidz muncul wira apabila meledak dua gol manakala Muhd Shahin Amsyar Muhd Safarizan dan Muhd Aqil Khalish Shaifulbahari turut mencatat nama selaku penjaring.  

 

“Walaupun kami hanya bolos satu gol, bagi saya itu hanyalah angka. Sebenarnya kami boleh sahaja dibolosi tiga atau empat gol dalam beberapa perlawanan sebelum ini jika tidak lebih berhati-hati.

 

“Dari aspek pertahanan dan serangan, kami masih boleh menjadi lebih baik. Kami juga percaya mampu menjaringkan lebih banyak gol. Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan prestasi menjelang suku akhir.” Kata Rodolfo.

 

Satu lagi perlawanan Kumpulan C menyaksikan SMK Seri Kota mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas SSTMI, sekali gus melonjak ke tangga kedua dengan sembilan mata.

 

SMK Seri Kota kini berada di landasan terbaik untuk melangkah ke suku akhir selaku naib juara kumpulan.

 

Dalam aksi lain kumpulan yang sama, SMK Zaba menewaskan SMK Datuk Peter Mojuntin 1-0 untuk mengumpul lima mata, namun masih perlu menunggu keputusan perlawanan terakhir bagi menentukan peluang mereka meneruskan cabaran.

 

Kedudukan semasa Kumpulan C, SMK Taman Desa Skudai mengungguli carta dengan 12 mata diikuti SMK Seri Kota (9 mata), SSTMI (7 mata), SMK Zaba (5 mata), SMK Tun Hussien Onn (4 mata), SMK Datuk Peter Mojuntin (2 mata) dan Akademi Mokhtar Dahari B13 (1 mata).

 

Kumpulan A, SMK Shah Alam terus membuktikan status sebagai antara pencabar utama kejohanan apabila menewaskan pendahulu terdahulu, SMK Mutiara Impian 2-0 untuk kemenangan keempat berturut turut.


Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan SMK Syed Hassan dan SMK Gunung Rapat berkongsi mata selepas seri 1-1.

 

Sementara itu, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas SMK Tabuan Jaya untuk mengumpul tujuh mata dan terus menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.

 

Selepas aksi pada Sabtu, kedudukan Kumpulan A menyaksikan SMK Shah Alam mendahului dengan 12 mata diikuti SMK Mutiara Impian (10 mata), manakala SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, SMK Syed Hassan dan SMK Gunung Rapat masing-masing mengumpul tujuh mata dalam persaingan sengit memburu slot suku akhir.

 

Persaingan Kumpulan D pula menyaksikan SMK Putera mencatat kemenangan penting 1-0 ke atas SMK Bukit Nenas.

 

Keputusan itu membawa SMK Putera ke tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, mengatasi Akademi Mokhtar Dahari B14 yang mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.

 

Keputusan ini menjadikan perebutan slot kedua ke suku akhir semakin menarik menjelang aksi terakhir.

 

 

 

Keputusan Perlawanan

 

Kumpulan A

SMK Syed Hassan 1-1 SMK Gunung Rapat

SMK Shah Alam 2-0 SMK Mutiara Impian

SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman 4-0 SMK Tabuan Jaya

 

Kumpulan B

SMK Taman Desa Skudai B14 B 1-3 SMK Seri Titiwangsa

 

Kumpulan C

SMK Tun Hussien Onn 0-4 SMK Taman Desa Skudai

SSTMI 0-1 SMK Seri Kota

SMK Zaba 1-0 SMK Datuk Peter Mojuntin

 

Kumpulan D

SMK Bukit Nenas 0-1 SMK Putera

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Related Topics

Must Watch Video