Skuad Jerman menerima kecaman hebat di media tempatan dan juga penyokong bola sepak negara itu sendiri dengan menganggap Julian Nagelsmann bertanggungjawab atas kegagalan dalam Piala Dunia 2026.
Skuad Die Mannschaft gagal melepasi peringkat 32 dalam aksi di Stadium Boston pagi tadi apabila tumbang kepada Paraguay dalam penentuan sepakan penalti.
Corak permainan yang goyah dan semangat juang Jerman menjadi topik utama, terutama dalam penentuan sepakan penalti selepas Bild melaporkan beberapa ada sesetengah pemain yang mengelak untuk memainkan peranan.
Situasi itu mendorong pertahanan, Jonathan Tah, untuk tampil sebagai pilihan keenam dan hanya untuk menyaksikan rembatannya liar melepasi palang.
Nagelsmann -- yang berhasrat untuk mengekalkan jawatannya -- sepenuhnya dipersalahkan dengan satu undian yang dijalankan memberi isyarat bahawa bola sepak juara empat kali itu memerlukan haluan baru.
Der Spiegel pula memainkan sentimen 'kejatuhan sebuah gergasi bola sepak', lanjutan daripada kegagalan kempen di Qatar, empat tahun lalu, yang terkandas di peringkat kumpulan.