Penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand, menulis mesej panjang berkenaan pengalamannya dan pasukan menghadapi Piala Dunia 2026 dengan penuh cabaran dan ujian, namun tetap berbangga mewakili bendera negara itu.
Di samping pelbagai masalah, dia dan keseluruhan gergasi Asia itu tidak pernah mengalah dan sering menunjukkan semangat juang tinggi demi bersaing di peringkat tertinggi.
Dalam masa sama, bintang berusia 33 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Mexico atas layanan dan hospitaliti yang baik sepanjang menjadi 'rumah kedua' buat Iran ketika hak mereka dinafikan oleh Amerika Syarikat (AS) tentang isu visa dan sekatan.
Alireza memegang dua Guinness World Records untuk balingan terjauh yang pernah direkodkan dalam bola sepak semasa perlawanan menentang Korea Selatan pada Oktober 2016 sejauh 200.14 kaki.
Baca penuh:
A Beautiful Message from Iran's Goal Keeper to Iranians
Dear people; companions and noble people of Iran,
I am Alireza Beiranvand. Someone whom life never placed an easy path before, yet despite being accustomed to every hardship, great and small, and to unpredictable trials;… pic.twitter.com/e9oVJs223M— Ryan Rozbiani (@RyanRozbiani) June 29, 2026