Angan-angan juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Maghribi, tidak kesampaian apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia 2026 susulan kekalahan di tangan Perancis dalam perlawanan pertama suku akhir di Boston, sebentar tadi.
Ini merupakan kelayakan ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut buat naib juara 2022 itu dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
Sekali lagi, Perancis menjadi duri dalam daging buat wakil Afrika itu untuk mara ke peringkat seterusnya apabila tewas buat kali kedua selepas kali terakhir pada edisi terdahulu.
France knock out Morocco for a second-straight World Cup 👊🇫🇷 pic.twitter.com/sPa9gr678M
— B/R Football (@brfootball) July 9, 2026
Meskipun penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, cemerlang menafikan penalti juara 2018 itu, namun ia tidak cukup membantu pasukannya mengekang asakan Perancis, sekali gus terpaksa berputih mata untuk mencipta kejutan.
Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, terus mengganas dengan terus mengukir nama selaku penjaring, dan kini hanya ketinggalan satu gol di belakang Lionel Messi bagi perebutan Kasut Emas.
Pemenang Ballon d’Or 2025, Ousmane Dembele, melengkapkan kemenangan Les Blues 2-0 untuk menempah tiket ke separuh akhir menanti Sepanyol atau Belgium.
Dengan kekalahan Singa Atlas itu bermakna terhenti sudah perjuangan benua Afrika.