Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Markwayne Mullin, mengeluarkan kenyataan sinis berhubung kegagalan Iran ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026.
Sambil mendakwa dirinya paling gembira dengan berita tersebit, Mullin tidak menyembunyikan perasaannya yang angkuh dan sombong melihat gergasi Asia itu pulang awal dan tidak perlu lagi berada di AS.
Katanya dalam taklimat keselamatan baru-baru ini, dia melabel Iran sering menyusahkan pihak AS dalam urusan visa dan kebenaran memasuki negara tuan rumah itu.
"Saya sangat gembira mereka sudah tersingkir.
"Saya benar-benar gembira mereka pulang kerana tiada pasukan lain yang memberikan kami lebih banyak urusan berbanding mereka," katanya.
🚨JUST IN: US Homeland Security Secretary after Iran’s World Cup elimination:
“I’m just glad they’re done, and they’re not coming back. I was so happy when we were able to pull their visas and said they could leave the U.S. soil, and I might’ve sung a song or two or maybe even… pic.twitter.com/WCDOVIdoo5— Polymarket Sports (@PolymarketSport) June 30, 2026
"Saya sangat gembira apabila kami dapat membatalkan visa mereka dan memberitahu mereka sudah boleh meninggalkan bumi AS.
"Mungkin saya menyanyikan satu atau dua lagu, malah mungkin juga menari kerana terlalu gembira," katanya.
Meskipun tidak tewas, namun Iran terlepas untuk menempah tiket selaku pasukan ketiga terbaik kumpulan berikutan keputusan perlawanan lain mempengaruhi perkara itu.