Watch Along Astro Arena pagi tadi mendapat sambutan dengan menonton perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 sambil menjamu selera penuh nikmat!
Dengan penuh bersahaja, pengacara Astro Arena menjamah hidangan nasi kukus penuh berselera menyaksikan Brazil menentang Jepun yang bermula tepat 1.00 pagi waktu tempatan itu.
Keesh, Abang Botak, BangMed dan Faiz Gurun tidak menyangka salah seorang penonton memesan makanan tersebut lalu hantar terus ke studio!
Boleh dikatakan momen paling terkejut! Terima kasih kerana belanja hos Astro Arena!
Segmen Watch Along diwujudkan bagi meraikan dan menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2026 kali ini dengan lebih santai dan membincangkan apakah yang berlaku dalam aksi tersebut. Sesi interaksi bersama penonton juga menerusi ruangan komen Youtube Astro Arena turut meriah.
Komen di Threads terhibur dengan perkembangan tersebut!