Bekas pemain Brazil, Cesar Sampaio, menjelaskan mana-mana pihak yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak negara mataharin terbit itu akan berasa 'terkejut'.
Perkara itu susulan skuad Samurai Biru dijadualkan berdepan juara lima kali, Brazil, dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 di Miami awal pagi esok.
Sampaio pernah beraksi buat Brazil dalam kempen Piala Dunia 1994 semasa beraksi di kelab Liga Jepun, Yokohama Flugels.
"Sesiapa yang tidak memberikan perhatian kepada bola sepak Jepun akan terkejut. Sejak saya berada di sana, saya belajar bahawa bola sepak Jepun semakin baik, tahun demi tahun, langkah demi langkah.
"Disiplin mereka adalah sesuatu yang kelihatan menakjubkan. Tetapi sekarang mereka memiliki pemainyang hebat seperti Daizen Maeda dan Ayase Ueda. Aksi lawan Brazil akan menjadi cabaran utama mereka." katanya.
Untuk rekod, kali terakhir pertemuan mereka menyaksikan sejarah tercipta apabila Brazil tumbang kepada Jepun 2-3 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Tokyo pada 14 Oktober 2025.
Mampukah Jepun mencipta kejutan di pentas Piala Dunia kali ini dan meneruskan misi melangkah ke final?