Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Status Iran di Amerika Syarikat tergantung

Iran

Gol dibatalkan saat akhir oleh video bantuan pengadil (VAR) menghampakan pasukan Iran untuk terus layak ke peringkat seterusnya, sebaliknya perlu menunggu keputusan perlawanan kumpulan lain esok.

Mesir yang sudah sah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 berjaya mengikat kebangkitan Iran 1-1 di Seattle, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengiringi mengiringi Belgium selaku naib juara Kumpulan G, sebentar tadi.

Mahmoud Saber membuka tirai jaringan pada minit kelima untuk Mesir mendahului, sambil dibantu penyelamatan penting penjaga gol, Mostafa Shobeir, menafikan penalti gergasi Asia itu.

Namun, Iran menyamakan kedudukan menerusi Ramin Rezaeian yang menyudahkan peluang hasil bola muntah Shobeir pada minit ke-14.

Kredit cemerlang harus diberikan kepada Shobeir yang bertindak menghalang sebarang percubaan Iran daripada dibolosi kali kedua.

Status pasukan ke-21 dunia itu untuk melangkah sebagai antara pasukan ketiga terbaik akan diketahui pada esok berdasarkan aksi antara Algeria menentang Austria, Congo bertemu Uzbekistan dan Croatia melawan Ghana. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video