Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tamat sudah zaman emas jurulatih Perancis, Zidane semakin hampir

Deschamps

Masa Didier Deschamps bersama Perancis telah sampai waktunya.

Selepas 14 tahun, Deschamps mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak Perancis sejak menerajui pasukan ketiga dunia itu pada 2012 meletakkanya selaku antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah negara itu.

Meskipun bukan penamat yang dimahukan apabila meraih tempat keempat Piala Dunia 2026 selepas kalah dalam penentuan tempat ketiga di tangan England, pengendali berusia 57 tahun itu diberikan tepukan gemuruh oleh peminat atas sumbangan dan dedikasinya terhadap gergasi dunia itu.

Dia merupakan individu paling bertanggungjawab membawa Les Blues merangkul kejuaraan Piala Dunia 2018, sebelum kembali ke pentas akhir pada 2022 selaku naik juara.

Dengan pengalamannya, Deschamps turut meraih gelaran Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada 2021 dan naib juara Euro 2016 di tempat sendiri.

Kekosongan itu menyaksikan seorang lagi legenda, Zinedine Zidane, dijangka mengemudi Perancis selepas ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video