Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: 'Bukan mudah hadapi Selangor, tapi kami tak datang untuk kalah'

af

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, memuji disiplin tinggi yang dipamerkan anak buahnya selepas menampilkan permainan berkualiti sepanjang 90 minit pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia itu berakhir dengan Kuching City terikat 1-1 berdepan Selangor dan penentuan slot ke final bakal diketahui minggu depan dalam aksi timbal balik nanti.

Advertisement

 

 

 

 

"Semua pemain telah berikan aksi terbaik mereka, seperti yang saya katakan 'bukan mudah berdepan Selangor' mereka pasukan besar tetapi pemain lakukan tugasan mereka dengan baik dan kami bukan datang ke sini untuk kalah.

"Kami lakukan pertahanan dengan baik, tetapi ada beberapa perkara kami perlu diperbaiki. Dalam tempoh 90 minit pemain lakukan dengan baik.

"Kami memandang kehadapan untuk perlawanan kedua nanti." katanya.

Must Watch Video