Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kim Pan-gon tekad bawa Selangor kembali ke final

KPG

Selangor di bawah kepimpinan Kim Pan-gon hadir ke pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuching City di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad ini dengan keyakinan tinggi.

Namun, menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, persiapan sedikit terganggu akibat ketiadaan lapan pemain yang mempunyai tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing.

Advertisement

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Korea Selatan itu tetap menaruh harapan tinggi untuk anak buah mencatatkan keputusan positif sebagai bekalan dalam aksi timbal balik pertama itu.

"Kami harus mengambil peluang di tempat sendiri kerana kami menghadapi kesukaran setiap kali perlawanan di tempat lawan.

"Kondisi padang memainkan peranan.

"Hanya beberapa venue memiliki padang yang baik.

"Kami juga menjangkakan semua peminat hadir dan mencipta atmosfera yang menggerunkan.

"Sasaran utama kami adalah layak ke final," katanya. 

Must Watch Video