Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Jun Hao dituntut konsisten beri aksi bertenaga

badminton, Piala Thomas

Juara Seluruh England 2003, Hafiz Hashim, menyifatkan Leong Jun Hao mempamerkan peningkatan lebih baik apabila mara ke pusingan kedua berbanding penyertaan dalam edisi tahun lalu.

Dan sebagai perseorangan lelaki pertama negara, Jun Hao menggalas harapan mempamerkan permainan lebih matang menjelang Piala Thomas bulan depan.

Advertisement

"Dia bermain dengan agak bagus dalam pusingan pertama.

"Tapi selepas itu tahap persembahannya menurun dengan ketara," katanya di Nadi Arena.  

Hafiz turut menekankan perlu ada latihan lebih keras dan semangat juang yang tinggi terutama ketika ketinggalan kerana ketekalan serta ketabahan adalah kunci untuk melangkah jauh dalam kejohanan berprestij.

Jun Hao tidak akan menyertai Terbuka Switzerland, lantas beroleh peluang untuk menyimpan tenaga selain menjalani persiapan lebih rapi.

"Acara berpasukan sebenarnya lebih mendorongnya, acara berpasukan akan memberinya sokongan dan menjadi motivasi buatnya untuk beraksi dengan baik," katanya. 

Must Watch Video