Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: KBS tetap optimis kemampuan kem negara

dr taufiq

Selepas kempen tidak menjadi kem negara dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) tempoh hari, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum menekan butang panik terhadap kemampuan skuad negara menjelang Kejohanan Piala Thomas di Horsens, Denmark minggu depan.

Apa yang menggusarkan, kualiti pemain perseorangan lelaki negara dilihat menjadi kerisauan utama dengan harapan menggunung kini terbeban di atas bahu beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Advertisement

"Kami sentiasa optimis dengan persiapan yang telah dilakukan BAM (Persatuan Badminton Malaysia)," kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Apapun, kami perlu meneliti dan melihat semula sebarang keperluan dan kekurangan, baik daripada segi persiapan, dan segala yang mereka perlukan dapat terpenuhi.

"KBS sentiasa optimis dengan prestasi yang akan mereka tonjolkan. Kami sentiasa memberikan semangat buat mereka.

"BAM juga sentiasa memberikan perkembangan kepada saya dan semua berkaitan perkara ini.

"Jadi, kita mendoakan kejayaan mereka untuk mewakili negara, Insya-Allah."

 

Must Watch Video