Skip to main content

Bola Sepak

Ribut! Penyokong sendiri jadi gila ragut momen juara pasukan

Slavia

Berbaki empat minit lagi, ratusan penyokong tidak terkawal membanjiri padang permainan mengakibatkan perlawanan tergendala, sekali gus dihentikan sebelum tamat sepenuhnya di Prague, Republik Czech awal pagi tadi.

Aksi derbi antara Slavia Prague dan Sparta Prague terpaksa 'digantung' selepas ratusan peminat tuan rumah menyerbu padang pada minit-minit akhir, ketika Slavia mendahului 3-2 di Stadium Fortuna untuk merangkul kejuaraan.

Advertisement

Penyokong Slavia merempuh masuk semasa masa tambahan dan membanjiri padang, dengan sebahagiannya membawa suar dan berlari ke arah bahagian pelawat. Piroteknik dilemparkan ke tempat duduk penonton ketika pemain dari kedua-dua pasukan cuba meninggalkan padang.

Polis Czech campur tangan untuk memulihkan ketenteraman dan berkata mereka telah melancarkan prosiding jenayah kerana disyaki merusuh.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa penjaga gol Sparta, Jakub Surovcik, adalah antara sasaran oleh peminat tuan rumah dan terkena suar.

Pengadil kemudian membatalkan perlawanan. Media Czech melaporkan bahawa pemain Sparta bimbang akan keselamatan mereka dan meninggalkan stadium sejurus selepas itu dengan bas pasukan di bawah pengawalan polis.

Must Watch Video