Skip to main content

Badminton

'Saya takkan bagi anak main'. Lagi cerita sedih badminton India

India

Episod pencapaian skuad badminton India tidak dihargai semakin menggegar media sosial apabila pemain beregu lelaku, Satwiksairaj Rankireddy, tampil berkongsi rasa sedih berkenaan isu semasa.

Jika dibezakan, seluruh negara meraikan kejayaan pasukan lelaki merangkul gelaran Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pada 2022 dengan sepenuh hati sehingga membanjiri perkarangan di lapangan terbang.

Advertisement

Empat tahun kemudian, meskipun membawa pulang pingat gangsa, Satwiksairaj Rankireddy menggambarkan emosinya berkongsi keadaan semasa yang jelas meninggalkan rasa hiba dan sedih kerana tidak dihiraukan peminat tempatan.

Ditanya dalam satu temu bual, Rankireddy kecewa dengan situasi itu dan meluahkan perasaannya membela nasib negara dalam sukan itu di pentas antarabangsa.

"Saya berfikir untuk meninggalkan sukan ini dan menjadi pempengaruh Instagram.

"Saya melihat tiada faedah bagus dalam badminton.

"Memenangi pingat seharusnya dilayan dengan penuh tinggi, tetapi kami tidak mendapat pengiktiran yang baik.

"Saya juga tidak mendapat apa-apa sokongan, malah daripada kerajaan," katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 dan 2022 itu turut berkata kepada rakan sepasukannya bahawa dia tidak akan membenarkan anaknya bermain badminton untuk India.

"Jika mental anda kuat, anda pasti boleh bertahan, tetapi jika tidak, sangat sukar untuk terus berusaha apabila sebahagian besar negara tidak menyedari prestasi anda," katanya.

 

 

Must Watch Video