Skip to main content

Bola Sepak

Sekelip mata Real Madrid jadi kelab biasa, apa sudah jadi?

RM

Semua besar kepala. Gaduh sesama sendiri. Di manakah rasa hormat terhadap rakan sepasukan dan kelab?

Hampir lima kejadian berlangsung serentak.

Advertisement

Minggu ini sahaja menyaksikan beberapa isu tular melibatkan kem Los Blancos sehingga menjejaskan latihan menjelang pertembungan El classico menentang Barcelona pada Isnin ini.

Jaguh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang majoritinya dibintangan pemain berkelas dunia nampaknya mengalami masalah disiplin dan bertengkar antara satu sama lain.

Bukan setakat pergaduhan Antonio Rudiger bersama salah seorang barisan kejurulatihan, malah turut bertegang mulut dengan Alvaro Carrecas sehingga ditenangkan rakan sepasukan.

Gaya latihan terpaksa ditukar ekoran beberapa insiden mengakibatkan kesan besar.

Menurut sumber, sekurang-kurangya enam pemain tidak berkomunikasi dengan jurulatih dan memilih untuk menjalani latihan sendiri.

Terbaru, Federico Valverde dikejarkan ke hospital kerana pergaduhan fizikal bersama pemain kebangsaan Perancis, Aurélien Tchouaméni, sehingga menyebabkan kecederaan di kepala. Namun, punca kepada isu tersebut tidak diketahui.

“Saya rasa sangat marah dengan situasi ini, kecewa melihat sebahagian daripada kami bergelut untuk mengharungi.

“Saya minta maaf. Saya benar-benar minta maaf kerana situasi ini menyakitkan kita semua," katanya.

Pemenang Piala Dunia 2018, Kylian Mbappe, secara tiba-tiba terbang bercuti di Itali bersama teman wanitanya, dan ini menimbulkan sikap tidak berpuas hati oleh peminat mahupun rakan sepasukan.

Satu petisyen dilancarkan di mana orang ramai menandatangani usul menyeru gergasi LaLiga itu untuk menamatkan kontrak Mbappe berkuat kuasa serta merta.

Real Madrid terlepas semua gelaran musim ini ekoran prestasi terumbang-ambing dan gagal mempertahankan status selaku Raja UCL buat musim kedua usai tersingkir kepada Bayern Munich. 

Must Watch Video