Skip to main content

Bola Sepak

Selamat Hari Raya bola sepak Malaysia, ini kedudukan terkini Harimau Malaya

HM

Selamat tinggal Piala Asia 2027.

Dengan pengumuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan sebentar tadi, Harimau Malaya sah tidak layak ke Piala Asia 2027 selepas penolakan mata menyaksikan skuad negara terjatuh di tempat kedua Kumpulan F.

Advertisement

Ia, sekali gus menjadikan pasukan bimbingan Peter Cklamovski kini mengumpul sembilan mata, sementara Vietnam yang mendapat kelebihan menerusi kemenangan percuma berjaya menambah mata untuk mara ke peringkat akhir kejohanan berprestij itu.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sah menjatuhkan hukuman dua kemenangan berdepan Nepal dan Vietnam ditarik dan kehilangan enam mata dalam kempen kelayakan itu.

Nepal dan Vietnam dianugerahkan kemenangan percuma 3-0 ke atas Harimau Malaya.

FAM dalam masa sama turut dikenakan hukuman denda sebanyak AS$50,000 (RM196,119).

FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC sebelum mempertimbang langkah seterusnya.

Penurunan tujuh pemain yang terlibat dengan pemalsuan dokumen dan tidak menepati syarat kelayakan di bawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jelas mengakibatkan episod paling hitam bola sepak Malaysia. 
 

Must Watch Video