Bakat tempatan turut mencuri tumpuan dalam saingan lelaki, Kejohanan Selangor International Junior Golf Championship (SIJGC) 2026 di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) hari ini.
Nama-nama seperti Andrew Yap, Kang Geon serta Ammer Aiman berada dalam kelompok carta keseluruhan dalam saingan hari pertama.
Advertisement
Mendahului saingan selepas mengharungi sembilan lubang pertama, namun penurunan prestasi pada baki saingan menyaksikan pendahuluan pemain negara itu dipintas pemain dari China, Shijun Jing, serta Koshin Nagasaki dari Jepun.
Antara faktor utama kejatuhan prestasi pemain tempatan, permukaan fairway serta kelajuan green 9.8 yang mendatangkan kesukaran.
"Saya rasa aspek mental, jika tunggu lama fizikal menjadi sejuk dan perlu panaskan badan semula. Sekarang fairway agak keras sedikit dan green keras dan laju.
"Ambil risiko apabila permainan sudah bukan di tahap terbaik." kata pemain gol MGA NJDP, Ammer Aiman Fauzi.