Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Juara dunia, Tang Jie-Ee Wei tersingkir

BD

Hasrat beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk mencipta sensasi tidak berjaya selepas terpaksa akur tewas mengejut kepada wakil Denmark dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England, sebentar tadi.

Harapan peminat Malaysia untuk melihat juara dunia 2025 itu melakar sejarah tidak kesampaian apabila Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk menampilkan persembahan memukau menewaskan Tang Jie-Ee Wei rubber set 18-21, 21-12, 25-23.

Advertisement

Pilihan keempat kejohanan tertua dunia itu mendahului set pertama 21-18 sebelum pihak lawan menggandakan usaha untuk menyamakan kedudukan di set kedua 21-12.

Kejutan berlaku di set ketiga tatkala Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk berada jauh di hadapan sebelum wakil negara menyamakan mata 20-20.

Namun, perjalanan Tang Jie-Ee Wei terhenti menyaksikan Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk mara ke pusingan seterusnya. 

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua berturut-turut Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kempunan seawal pusingan pertama dalam kejohanan ini.

Must Watch Video