Skip to main content

Ragbi

SSR: ARAS lakar kejutan tumbangkan juara bertahan, tempah tiket ke final

SSR: ARAS lakar kejutan tumbangkan juara bertahan, tempah tiket ke final

Kejutan terbesar saingan Super Akademi Ragbi musim ini tercipta apabila Akademi Ragbi Selangor (ARAS) menyingkirkan juara bertahan, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), 17-3 dalam aksi separuh akhir untuk mara ke pentas final.

Kemenangan itu menyaksikan ARAS berjaya menamatkan penguasaan SSMP yang muncul juara musim lalu, sekali gus membuka peluang terbaik buat pasukan itu memburu kejuaraan sulung mereka.

Jurulatih ARAS, Mohd Faiz Md Ali, menyifatkan kemenangan tersebut cukup bermakna kerana berjaya membawa pasukannya ke final buat kali kedua dalam sejarah penyertaan mereka.

Menurutnya, selepas tewas pada perlawanan akhir edisi 2024, skuad kendaliannya kini mempunyai peluang terbaik untuk menebus kekecewaan lalu dan merealisasikan impian menjulang kejuaraan.

Sementara itu, pemain terbaik perlawanan, Airil Hakim Azman, enggan terlalu leka dengan kejayaan menewaskan juara bertahan.

Beliau menegaskan fokus pasukan kini hanya terarah kepada aksi final, dengan harapan segala pengorbanan sepanjang musim dapat diterjemahkan melalui kejayaan merangkul gelaran juara.

Sementara itu, jurulatih SSMP, Yusli Ashan, mengakui anak buahnya gagal mempamerkan prestasi sebenar yang diharapkan sebagai penyandang juara.

Menurut beliau, jadual pertandingan yang padat sedikit sebanyak memberi kesan kepada tahap kecergasan pemain, namun enggan menjadikan faktor itu sebagai alasan utama kekalahan pasukannya.

Sebaliknya, beliau percaya SSMP mampu bangkit semula pada musim hadapan untuk merampas kembali gelaran juara Divisyen Akademi.

Kemenangan ke atas juara bertahan bukan sahaja menyuntik keyakinan buat ARAS, malah membuktikan mereka kini muncul antara kuasa baharu dalam pembangunan ragbi remaja negara. Dengan prestasi semasa yang memberangsangkan, ARAS kini hanya selangkah lagi untuk melakar sejarah menjulang kejuaraan Super Akademi Ragbi buat kali pertama.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video