Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel 2026: Kontinjen negara bawa sasaran lima emas, 11 pingat keseluruhan

awalan

Kontinjen negara ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 secara rasminya menerima amanat Ketua Kontinjen, Datuk Awalan Abdul Aziz, menerusi sasaran lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Seramai 59 atlet, merangkumi 37 atlet elit dan 22 atlet para, bakal menggalas misi utama dalam lapan daripada 10 jenis sukan dipertandingkan.

Sukan Komanwel Glasgow kali ini hanya mempertandingkan 10 jenis sukan berbanding 19 dalam edisi di Birmingham 2022.

Pengumuman sasaran 11 kilauan pingat secara total itu turut merangkumi sasaran kontinjen para negara, yang diketuai juara dunia powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin, dan jaguh lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, yang turut diberi mandat menjadi pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan temasya itu nanti.

"Kami telah membuat ketetapan di mana sasarannya kami namakan sebagai Sasaran 524," kata Awalan seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Kita menyasarkan lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa. Saya tidak mahu spesifik kepada sukan dengan sasaran emas tetapi kepada sukan yang mana kita menyasarkan pingat.

"Sukan yang disasarkan pingat ialah angkat berat, berbasikal, boling padang, judo, powerlifting, olahraga para."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video