Naib juara saingan Super School Rugby (SSR) 2025, Victoria Institution (VI) tekad menebus kekecewaan terlepas takhta kejuaraan kali ketiga tahun lalu.
Dijadualkan bertemu Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) bagi aksi pertama edisi 2026 dalam kategori premier, penekanan elemen pertahanan yang kukuh menjadi pendekatan utama VI.
Advertisement
Cukup mengenali kredibiliti pasukan lawan yang mempunyai kelebihan daripada aspek kecergasan serta disiplin ketika menyerang dan bertahan, ketua jurulatih, Rozhan Yahya, mahu anak buahnya bijak memanfaatkan setiap try yang dimiliki.
"Untuk menentang mereka kami harus lebih bijak.
"Sukar jika kami berlawanan mengenai kekuatan dan kecergasan.
Naib juara SSR 2025, VI nekad tebus kekecewaan terlepas takhta kejuaraan kali ke-3 tahun lalu.
Penekanan aspek pertahanan jadi pendekatan utama menjelang aksi pertama edisi 2026 bertemu RMC 11 April depan.@ASTROARENA pic.twitter.com/WrDwRhnQlJ— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) April 6, 2026
"Musim lalu dan musim ini berbeza. Saya harus olah pasukan mengikut keadaan semasa," katanya.
Sementara itu, pengalaman bermain dalam dua edisi SSR sebelum ini menjadi tonik terbaik buat pemain posisi sayap, Muhammad Ashman Jazzrey, untuk membantu pasukan menjinakkan MTD di laman mereka pada Sabtu.
"Saya memamg sasar masuk ke final dan juara.
"Kami tidak boleh memandang rendah MTD kerana faktor fizikal," katanya.