Perjalanan perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, terhenti seawal pusingan 32, Kejohanan Badminton Terbuka China 2026 selepas tewas kepada wakil Denmark, Rasmus Gemke, dalam aksi rubber set, 13-21,21-8,21-19, di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, sebentar tadi.
Gemke memberikan saingan sengit untuk menang set pertama 21-13, sebelum tewas mudah 8-21 kepada juara dunia pertama dari Thailand itu yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan Super 1000 itu.
Dalam set ketiga pula menyaksikan Kunlavut dipaksa bekerja keras sebelum terpaksa akur tewas 21-19.