Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei lolos ke suku akhir

ds

Tempoh 41 minit diperlukan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026 di Stadium Tertutup Singapura, sebentar tadi.

Mereka menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong, menerusi aksi straight set 22-20,21-14, dalam kejohanan berstatus Super 750 itu.

Tang Jie-Ee Wei YANG turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu menerima cabaran sengit apabila diikat 20-20, namun keyakinan tinggi yang dipamerkan mengesahkan dua mata akhir untuk menang 22-20.

 

 

 

Set kedua menyaksikan wakil negara terus mempamerkan aksi menyakinkan sekali gus menamatkan permainan dengan kemenangan 21-14.

Mereka akan turun berdepan lawan dari India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto, dalam pusingan suku akhir esok.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video