Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih, Pulau Pinang hulur suntikan dana Sukan Pekak Asia Pasifik

aaa

Bukan orang pekak terus diberi pengiktirafan dan sokongan menerusi suntikan dana daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM250,000 bagi penganjuran Sukan Pekak Asia Pasifik 2026.

Temasya sukan yang dijadual berlangsung di Pulau Pinang dari 3 hingga 10 Oktober depan itu menghimpunkan penyertaan 17 negara rantau Asia Pasifik apabila melibatkan 800 atlet, pegawai dan delegasi yang bersaing dalam lima disiplin sukan utama, badminton, olahraga, boling tenpin, catur dan ping pong.

Pulau Pinang menggambil langkah jelas dan progresif dengan mengiktiraf sukan orang pekak sebagai cabang sukan yang mempunyai identiti, aspirasi dan ekosistem tersendiri.

Pendekatan ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan layanan adil dan seimbang kepada semua kategori atlet, sama ada atlet kategori normal, para mahupun pekak.

"Kerajaan negeri membantu membiayai program ini. Pulau Pinang mempunyai kemudahan standard yang boleh digunakan untuk penganjuran sukan berprestij dan antarabangsa.

"Ini bukan cabaran bagi Pulau Pinang memandangkan kami merupakan sebahagian tuan rumah Sukan SEA 2027. Ini jadi kami mengambil kesempatan untuk memperlihatkan apa yang negeri mampu tawarkan kepada semua pegawai dan atlet antarabangsa.

"Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menunjukkan keupayaan Pulau Pinang untuk penganjuran sukan berprestij," kata Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video