Gandingan beregu campuran muda negara, Ahmad Redzuan Zulwaqqarizl-Low Zi Yu, mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai Kejuaraan Badminton Remaja Asia (BAJC) selepas menewaskan wakil China, Zheng Wei Gang-Li Meng Han, di Yatsushiro, Jepun sebentar tadi.
Ia, sekali gus menamatkan penantian 19 tahun tatkala Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei merupakan pemenang terakhir Malaysia pada 2007.
๐จ๐จ๐จ๐จAhmad Redzuan-Low Zi Yu cipta sensasi tamatkan penantian 19 tahun negara utk gelaran mixed doubles BAJC.๐ธ๐ธ๐ธ
CONGRATS!!!๐๐๐@ASTROARENA pic.twitter.com/cESbalJVLwโ Faizal Bazari (@faizalbazario) July 5, 2026
Rezuan dan Zi Yu memerlukan 42 minit untuk menumpaskan pihak lawan dengan kemenangan straight set 21-15, 22-20.