Skip to main content

Sukan Lain

Tidak perlu jadi Elite 15 untuk ke Hyrox World Championships

Hyrox

Ramai menganggap HYROX World Championships hanya melibatkan atlit terbaik dunia yang bersaing dalam kategori Elite 15. Tapi sebenarnya, kejohanan yang sedang berlangsung di Stockholm, Sweden itu turut menghimpunkan ribuan atlet kategori umur yang berjaya melayakkan diri menerusi perlumbaan HYROX sepanjang musim.

Elite 15 sememangnya merupakan kategori paling berprestij dalam HYROX, membariskan 15 atlet lelaki dan 15 atlet wanita terbaik dunia berdasarkan sistem kelayakan yang ditetapkan. Selain gelaran juara dunia, hanya kategori ini menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang, menjadikannya kemuncak persaingan dalam sukan tersebut.

Namun, ia bukanlah sekadar perlumbaan untuk Elite 15. Majoriti peserta yang bertanding hadir sebagai wakil kategori umur masing-masing selepas mencatat masa kelayakan di perlumbaan HYROX seluruh dunia. Mereka bersaing untuk memburu gelaran juara dunia dalam kategori umur masing-masing, sama seperti yang dilakukan oleh atlit elit.

Inilah yang menjadikan HYROX berbeza daripada kebanyakan sukan lain. Atlet profesional dan peserta kategori umur berkongsi pentas kejohanan dunia yang sama. Dengan HYROX Malaysia bakal berlangsung buat pertama kali pada Disember ini, dengar cerita ramai yang mahu lakukan debut di KL! Anda pula bagaimana?
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Related Topics

Must Watch Video