Peminat badminton negara kini boleh menghembus nafas lega apabila penjualan tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia bakal dibuka bermula 2 April ini pada jam 9.00 pagi dengan kejohanan berprestij dunia itu bakal berlangsung dari 19 sehingga 24 Mei di Unifi Arena.
Dan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, peminat juga boleh menikmati harga Early Bird di bawah kempen #BAMBELANJARAYA dengan tawaran cukup istimewa menerusi penjualan secara talian di www.Ticket2U.com.my.
Advertisement
Harga tiket kekal sama seperti tahun lalu sebagai tanda apresiasi terhadap sokongan tidak berbelah bagi komuniti badminton tanah air.
Selain tiket harian, peminat juga boleh dapatkan pas bermusim yang cukup istimewa khas buat mereka untuk dapatkan secara rapat setiap butiran kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, - pihak BAM menyarankan agar peminat dapatkan tiket lebih awal untuk elak kekecewaan lebih-lebih lagi penjualan tiket di tempat duduk popular.
Antara barisan pemain handalan negara yang akan turun di kejohanan ini ialah - juara bertahan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga barisan Juara Dunia seperti Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Turut hadir di kejohanan ini ialah gandingan sensasi beregu wanita negara - Pearly Tan dan M. Thinaah.
Sokongan padu peminat badminton negara cukup dialu-alukan dalam memberi sokongan padu buat wakil negara di kejohanan ini.