“Tom Cruise nak buat apa di upacara penutupan Piala Dunia 2026? Lompat dari bumbung stadium? Terjun ke padang guna parachute?”
Itu antara reaksi spontan netizen apabila FIFA mengumumkan barisan bintang yang akan hadir memeriahkan upacara penutupan Piala Dunia nanti di aksi final.
Pertunjukan penuh bintang ini akan menampilkan persembahan daripada Laura Pausini, Nicole Scherzinger, Robbie Williams dan IShowSpeed. Turut membuat penampilan istimewa yang menjadi tanda tanya ialah Tom Cruise. Mereka bakal bergabung dalam satu sambutan yang cukup meriah menjelang sepak mula perlawanan.
Opening the Final with a star-studded list of performers 🤩#FIFAWorldCup
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) July 14, 2026
Pemenang anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony, Jennifer Hudson, pula akan menyampaikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sebelum aksi final bermula.