Skip to main content

Bola Sepak

Tular: Panas hujung perlawanan, 23 kad merah dilayangkan

Brazil

Sejarah buruk liga Brazil.

Liga Brazil menjadi tumpuan bola sepak dunia apabila berlaku pergaduhan besar-besaran melibatkan Cruzeiro menentang Atletico Mineiro sehingga mengakibatkan kemarahan pemain, pegawai serta barisan kejurulatihan.

Advertisement

Menerusi satu video yang tular, kejadian bermula daripada provokasi penjaga gol sehingga tumbukan dan kejar-mengejar mencemari perlawanan tersebut pada masa tambahan separuh masa kedua.

Dalam aksi panas itu, Cruzeiro meraih kemenangan meskipun terdapat harga tinggi yang perlu dibayar.

Ekoran daripada insiden huru-hara itu, sebanyak 23 kad merah dilayangkan termasuk bekas bintang kebangsaan Brazil, Hulk, dan ke semuanya bakal dikenakan hukuman tambahan oleh penganjur.

Setakat ini, belum ada laporan rasmi daripada pegawai perlawanan, dan dijangka majoriti peminat menunggu berita penuh.

Tahukah anda? Rekod terburuk pernah dicatatkan pada 1954 sebanyak 22 kad merah dilayangkan dalam satu permainan.

Meninjau perkongsian ChatGPT, liga divisyen kelima Argentina antara Claypole dan Victoriano Arenas memaksa pengadil waktu itu, Damian Rubino, menghukum dengan keseluruhan 36 kad merah pada 2011. 

Must Watch Video