Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin, yang membuktikan kejaguhannya apabila terus mengungguli podium tengah dalam kedua dua perlumbaan saingan pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
El Pescao menitipkan penghargaan sepenuhnya kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sering memberikan kata-kata motivasi dan kepercayaan penuh, sambil menjelaskan jentera Ducati Panigale V4R yang semakin sebati dengan dirinya.
Advertisement
Dia turut mensasarkan lebih lagi kejayaan selepas ini dan mengharapkan kejayaan sama dalam pusingan akan datang.
"Kemenangan keempat berturut-turut buat pasukan saya, kemenangan ini buat Johor dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
"Saya cuba untuk menang, seperti yang saya katakan kerja keras terbalas. Saya banyak berlatih dengan berkayuh, saya mahu menikmati kejayaan ini dan persiapkan mental untu perlumbaan akan datang." katanya,