Pasukan Liga A1 Semi-Pro, Perak, tampak serius dalam misi mencabar kejuaraan MFL Challenge cup apabila bakal merekrut seorang pemain berstatus bekas pemain kebangsaan dan bintang Liga Super.
Wan Zack Haikal tampak berpotensi berada dalam radar kelab berkenaan setelah difahamkan sudah meleraikan ikatan bersama Penang untuk Kembali memperkuatkan The Bos Gaurus.
Advertisement
Selain Wan Zack, R.Kogileswaran, Nasrullah Hanif Johan dan Nor Hakim Hassan juga antara pemain berpengalaman yang tidak mewakili mana-mana pasukan dalam Liga Super mahupun Liga A1 Semi-Pro musim ini.
"Macam pasukan saya apabila peringkat usia sama, jadi tiada ketua untuk beri panduan dalam padang, kapten dan komander lain. Saya perlu seorang lebih senior dan ada nama untuk ketuai pasukan dalam padang.
"Saya harap pemain yang kami bawa selain gunakan pengalaman dia tetapi untuk tambah keserasian dalam pasukan," kata pengurus Perak, Syamsul Saad.
Untuk rekod, jendela perpindahan kedua pemain Liga A1 Semi-Pro bakal berakhir awal bulan depan.
Perak kini diletakkan harapan tinggi untuk mara jauh dalam MFL Challenge Cup selepas mempamerkan aksi luar biasa dalam kempen Piala Malaysia.
Perkara itu selepas anak buah Syamsul Saad hampir mengejutkan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City sebelum tewas tipis 2-3 dalam pusingan 16 kejohanan itu.
"Kami lihat laluan di MFL Challenge Cup lebih cantik, tetap pemain saya lepas pakai but dengan ramai penyokong mereka berikan saingan.
"Perkara itu sebabkan kami terus melawan, saya harap kami boleh pergi jauh." tambahnya.
