Skip to main content

Berbasikal

YSD Track Series medan persiapan terbaik kem Pulau Pinang menjelang Sukma 2026

da

YSD Track Series 2026 bukan sekadar medan untuk lihat sejauh mana atlet kebangsaan mampu beraksi, malah ia juga tempat buat atlet negeri meraih pengalaman untuk berlumba di Velodrom canggih seperti di Nilai.

Jurulatih berbasikal trek Pulau Pinang, Khairul Anis, yang sedang mempersiapkan barisan atlet ke Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, mengakui siri trek YSD ini adalah peluang terbaik buat anak buahnya kerana tidak semua mempunyai akses kepada prasarana yang canggih.

Advertisement

Jika di Pulau Pinang, anak buahnya hanya berlatih di jalanraya sahaja dan dia berharap akan ada lebih banyak lagi kejohanan buat atlet muda merasai pengalaman berlumba di Velodrom.

"Untuk mendapatkan pengalaman bukan mudah, Pulau Pinang tidak ada velodrome. Jadi semua Latihan di atas jalan raya. Kami juga cuba dapat peluang dalam semua kejohanan trek setiap tahun.

"Peluang ini kami cuba untuk curi jalani Latihan dan perbaiki kekurangan sebelum melangkah ke Sukma Selangor nanti,"

Nada yang sama disuarakan jurulatih berbasikal trek endurance Kedah, Louis Pang, yang beranggapan ini peluang yang sangat bermakna buat anak buahnya untuk mencuba segala yang boleh dilakukan di Velodrom.

Louis juga memuji semangat dan mentaliti barisan atletnya, meskipun serba kekurangan di negerinya, mereka tetap tampil berani ketika menghadapi saingan atlet hebat dari luar negara.

"Jika orang yang tidak kenal dengan atlet Kedah, mereka merupakan atlet luar biasa yang kami pernah latih.

"Biarpun kekurangan, kami akan lakukan yang terbaii." tambah Louise.
 

Must Watch Video