Pelumba muda sensasi, Sawda Hasbullah, tampil aksi bertenaga bersama Nurain Zyazwiena Fahmi dan Nur Umairah Qhaisara ketika skuad negara mengatasi New Zealand dalam final acara pecut berpasukan Wanita YSD Track Series di Velodrom Nasional, Nilai hari ini.
Bagi Sawda, kemenangan itu memberikan trio negara itu tonik terbaik untuk menghadapi saingan individu esok.
Advertisement
"Secara jujurnya kami melakukan banyak kesilapan kerana ia kali pertama kami beraksi bersama, tiada sebarang latihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Tetapi saya rasa ia agak baik, catatan masa kami juga agak baik walaupun taktikalnya tidak berapa menjadi."