Skip to main content

Badminton

Zii Jia bakal terlepas Masters Malaysia

badminton

Lee Zii Jia dijangka akan terlepas Kejohanan Badminton Masters Malaysia bulan depan berikutan kedudukan rankingnya yang rendah.

Jurulatih pemain profesional itu, Liew Daren, mengesahkan bahawa Zii Jia tidak dapat menyertai kejohanan itu kerana ranking dunianya kini berada di tangga ke-82.

Advertisement

Pemain berusia 26 tahun itu disenaraikan sebagai pemain simpanan ke-11 bagi acara Super 500 itu, yang akan berlangsung di Arena Unifi dari 19 hingga 24 Mei ini.

Ia bermakna, melainkan berlaku penarikan diri secara besar-besaran pemain lain, Zii Jia akan terlepas peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri, di mana biasanya dia menerima sambutan yang cukup hangat.

Kedudukan ranking dunia ke-82 dunia itu meletakkan Zii Jia sebagai pemain perseorangan lelaki kelima negara di belakang Leong Jun Hao (25), Justin Hoh (44), Aidil Sholeh (51), dan Eogene Ewe (78).

Bagaimanapun, meskipun rankingnya merosot gara-gara kecederaan jangka panjang, pemain kelahiran Kedah itu tetap terpilih untuk menyertai skuad Piala Thomas menjelang saingan minggu depan.

Ikon sukan negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Lee Chong Wei, berkata Zii Jia layak mendapat tempat dalam skuad berkenaan berdasarkan merit.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menambah, walaupun Zii Jia masih bergelut dengan prestasi tidak menentu, dia setakat ini masih perseorangan lelaki terbaik negara dan mampu menyumbang mata sebagai perseorangan ketiga.

 

Must Watch Video