Skip to main content

Bola Sepak

Cadangan meja bulat MFL: CEO Negeri Sembilan luah sentimen kesamarataan

dcSSD

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom, memberi pandangan menyeluruh secara peribadi mengenai isu semasa melibatkan Liga Malaysia (Liga-M).

Dengan beberapa kelab mengeluarkan kenyataan sebelum ini, tumpuan kini terarah kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadakan perbincangan meja bulat buat semua pemegang taruh Liga-M.

Advertisement

Bercakap mengenai segelintir pandangan peminat mengenai reformasi bola sepak tempatan dan keperluan meminda beberapa peraturan, Faliq Firdaus menegaskan kesamarataan dan kesimbangan adalah perkara paling utama.

"Ia sesuatu yang saya nanti-nantikan sebenarnya. Ia tidak boleh diadakan satu sesi sahaja, perlu sentiasa diadakan.

"Contohnya isu semasa seperti minyak yang boleh membabitkan penajaan dan kos.

"Kami tunggu MFL untuk bertindak.

"Setiap pasukan mempunyai cabaran berbeza. Bagi saya struktur liga itu sendiri, tidak semestinya Liga Super semata-mata.

"Kami ada syarat yang perlu dipenuhi untuk bermain dalam Liga Super. Saya nak bincangkan syarat-syarat ini yang mungkin terlalu ketat untuk pasukan lain.

"Bukan kelab Liga Super semata-mata kerana pada akhirnya, ia membabitkan kos pasukan.

"Kita perlu cari jalan macam mana sesebuah kelab mampu mengurangkan kos (termasuklah dalam saingan) MFL, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), AFL (Liga Bolasepak Amatur) dan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

"Saya rasa kita bekerja secara berasingan -- buat hal masing-masing.

"Kita kena duduk berbincang sebagai satu rakan kongsi MFL. Setiap pasukan ada dan masing-masing utarakan masalah dan lihat bagaimana MFL boleh bantu dalam hal ini," katanya di Nadi Arena.

 

 

Must Watch Video