Oleh kerana timbul minat dari beberapa pemain import Liga Malaysia (Liga-M) yang menyatakan hasrat mereka untuk dinaturalisasikan selepas sudah memenuhi syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menuntut aksi liga domestik selama lima tahun.
Penganalisis sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli, menganggap ia sebagai satu tugas yang kini diletakkan kepada kelab, meskipun sudah lama bermain di Malaysia dan melepasi syarat FIFA sekalipun.
Advertisement
Bagi Pekan, setiap pemain import yang mempunyai hasrat itu perlu membuktikan mereka benar-benar layak menjadi pemain naturalisasi bersama kelab masing-masing terlebih dahulu sebelum memasang impian menyarung jersi negara.
"Bukan soal sama ada pemain asing itu sudah lama jadi boleh diberikan kewarganegaraan, ia soal di peringkat kementerian.
"Tetapi dalam konteks bola sepak -- kalau dilihat pengambilan pemain naturalisasi -- FAM tidak ambil pemain naturalisasi, (sebaliknya) menyerahkannya kepada kelab mahupun persatuan bola sepak negara.
"Kalau mereka tidak mahu, benda ini tidak akan berlaku juga," katanya.