Skip to main content

Badminton

Zu Tung bersederhana rai Tahun Baharu Cina di lobi kediaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Pemenang pingat emas beregu wanita Deaflympics 2022, Foo Zu Tung, memilih untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina secara besederhana di lobi kediamannya.

Ia berikutan dia ingin membuat sedikit kelainan dengan mengambil tempoh cuti tersebut untuk berehat lebih panjang dan tidak mahu bersesak-sesak untuk pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang.

Advertisement

"Tahun ini Tahun Baharu Cina diraikan berbeza dalam keluarga kami yang terdiri daripada bapa dan kakak.

"Tahun lalu kami meraikan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang bersama keluarga, tetapi tahun ini kami meraikannya di Kuala Lumpur," menurutnya melalui penterjemah.

Simbolik kepada perayaan tahun ini yang merupakan Tahun Kuda, lantas dia mengimpikan kelajuan dan ketekalan dalam latihan yang dijalaninya.

Selepas ini, dia akan meneruskan sesi latihan pada minggu hadapan sebagai persediaan ke Sukan Asia Pasifik Orang Pekak di Pulau Pinang dari 3 hingga 10 Oktober depan.

"Saya cuti seminggu daripada latihan. Selepas ini saya akan menjalani persiapan menghadapi Sukan Asia Pasifik Orang Pekak," katanya.

 

Must Watch Video