Skip to main content

Sukan Lain

Pengarah Bahagian Para MSN kongsi perkembangan dilanda angin ahmar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MSN

Selepas berita menggemparkan melibatkan pengurus pasukan para basikal negara, Asri Abdul Mubin, yang menghidap angin ahmar, kini Pengarah Bahagian Para Majlis Sukan Negara (MSN), Shukri Harun, pula diserang angin ahmar pada 6 Februari lalu.

Ia merupakan serangan kedua dialaminya selepas serangan pertama di Afrika Selatan pada 2022 yang terarah kepada lutut sebelah kanannya.

Advertisement

Keadaan tersebut menyebabkan pergerakannya terbatas dan sukar berkomunikasi seperti biasa.

Shukri akan meneruskan siri pemeriksaan di hospital beberapa hari lagi untuk pemeriksaan dan rawatan susulan status strok dialaminya.

"Pada Jumaat dua minggu lalu di pejabat, saya tidak sedar mengalami pergerakan yang terbatas.

"Pergerakan dan percakapan saya amat terganggu tetapi pemikiran saya stabil," katanya.  

Topik Berkaitan

Must Watch Video