Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Piala Dunia 2026: Ronaldo mula temui jaringan, gol cantik Uzbekistan batal

CR7

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol ketika Portugal mendahului Uzbekistan 3-0 selepas separuh masa aksi Kumpulan K, Piala Dunia 2026 di Stadium Houston ketika ini.

Selepas gagal menjaringkan sebarang gol ketika berdepan Congo dalam aksi pertama, Ronaldo membuktikan betapa dia masih boleh diandalkan pasukan negarannya itu, membuka jaringan seawal minit keenam dengan merembat masuk bola lintangan Joao Cancelo.

Ketika ramai menjangkakan dia akan mengambil sepakan percuma penting pada minit ke-17, kapten Portugal itu membenarkan pertahanan berkaki kiri, Nuno Mendes, untuk mengambil sepakan berkenaan, yang tepat menuju ke jaring Uzbekistan.

Uzbekistan sepatutnya merapatkan kedudukan pada minit ke-31, tetapi jaringan cantik Azizjon Ganiev dari luar kawasan penalti dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Ronaldo kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-39, kali ini dengan menolak masuk hantaran gemilang daripada Bruno Fernandes.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video