Skip to main content

Bola Sepak

Ular berbisa 'kepung' padang latihan Switzerland di San Diego

ss

Skuad Switzerland menerima amaran mengenai kehadiran ular berbisa di sekitar kem latihan mereka di Carmel Valley, San Diego menjelang saingan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat.

Perkara itu menjadi perhatian selepas pasukan berkenaan memuat naik peta kemudahan latihan di media sosial rasmi yang menunjukkan satu kawasan berhampiran padang ditandakan sebagai "kawasan ular".

Menurut Muzium Sejarah Alam San Diego, sekurang-kurangnya empat spesies ular orok-orok mendiami kawasan sekitar lembah dan semak berhampiran lokasi latihan berkenaan.

Reptilia itu lazim ditemui di kawasan luar bandar dan ngarai sekitar San Diego terutama ketika cuaca panas.

Bukan Switzerland sahaja yang menerima peringatan sedemikian.

 

 

 

Skuad Norway yang menjalani kem latihan di Greensboro, Carolina Utara turut diberi amaran mengenai kehadiran ular berbisa ketika menjalani aktiviti di kawasan padang golf.

Pihak berkuasa tempatan menasihatkan pemain supaya mengelak memasuki kawasan rumput tinggi di luar laluan utama kerana lokasi itu berpotensi menjadi habitat ular.

Mereka juga diminta tidak mendekati atau mengganggu haiwan berkenaan sekiranya terserempak dengannya.

Ahli biologi Suruhanjaya Hidupan Liar Carolina Utara, Falyn Owens, berkata ular di kawasan itu kebiasaannya tidak agresif, namun boleh bertindak balas jika berasa terancam atau dipijak. -- Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video